6/19/2011

Semakan Tarif Baru Tidak Beban Pengguna ???

kecoh pasal kenaikan tarif elektrik baru baru ini dikatakan telah membebankan pengguna pengguna di Malaysia. mungkin ada yang belom mengatahui tentang tarif elektrik baru ini. untuk pengatahuan tarif baru ini mula berkuat kuasa pada 1 jun yang lalu.
berikut adalah serba sedikit info berkaitan semakan semula tarif elektrik oleh TNB.

  1. Kenaikan tarif elektrik pada kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU mulai berkuat kuasa 1hb Jun 2011.
  2. Kerajaan juga meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaik tarif asas sebanyak dua peratus. Semakna diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
  3. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Thermal Energy Storage daripada 1.5sen/kWj kepada 3.5sen/kWj.
  4. Turut memberi diskaun sebanyak 10peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oelh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.
  5. Starikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan  diletakkan di bawah kategori tarif perindustrian.
  6. Kerajaan memutuskan agarkutipan tambahan atau perratus daripada bil bulanan disambungkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu berkuat kuasa mulai 1hb September 2011. Kutipan ini tidak termasuk pengguna kediaman yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.
p/s : tarif elektrik da naek,minyak da naek,harga barang pom da naek... apa ag naek selepas ini ???
       s0, satu peringatan kepada semue, berjimat amalan mulia :)


rujukan : TNB malaysia.

No comments: