6/28/2011

12 sifat sahabat kepada sahabat

persahabatan dan persaudaraan haruslah disemai dengan sifat sifat mahmudah agar perhubungan yang terbina sentiasa berkekalan dan mengukuhkan lagi ukhwah persaudaraan islam.


  1. Jika kamu berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika kamu rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan kamu.
  3. Jika kamu perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantu kamu.
  4. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  8. Jika kamu berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa diri kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkannya.
  11. Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  12. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
p/s : adakah kita bersedia untuk menjadi SAHABAT ???
       waallahualam...
       :)

2 comments:

Mr.41 said...

saeng2...:D

alhakeimfauzi said...

mu sero aku SAHABAT mu ko dopt ??? huhu~~