sbb tu dah rasa selesa sgt dah penggunaan bahasa² foreign dlm kehidupan seharian...
english...arabic...mandarin...
tu xtermasuk lagi bahasa² rojak campuran pelbagai bahasa bagai...
bahasa melayu pom dah jarang dah guna dlm certain² benda...
kuliyyah...
mahallah...
dean...
cafe...
mungkin bagi kita benda tu normal,
tapi bg student luar mungkin depa xguna istilah tu,
malah depa lebih prefer guna fakulti,asrama,dekan,kantin etc...
terkejut bila seorang sahabat dtg melawat UIA ptg td,
tanya mana "pustaka"...
loading sekejap...
amik nafas bagi oxygen penuh dlm kepala hotak,
then baru dtg idea...
LIBRARY !
rupanya sedar xsedar dah berkurun jugak selama ni dok guna bahasa english jer...
LIBRARY...dah lama xdgr istilah PERPUSTAKAAN,
dalam perbualan lagilah harem nak sebut..
"jom p perpustakaan..."
tersangat betulnya khutbah jumaat UIA hari ni
hidop zaman serba canggih,
hidop zaman serba modern,
bahasa English dah jadi lesen utk kita berjaya...
berjaya dlm kerjaya...
dpt keje bagus...
jawatan tinggi...
gaji pom masyuk...
dah menjadi kewajipan utk expert speaking,writing...
leture pom english walopom lecturer tu Melayu...
betapa pentingnya English tu sehingga dalam bilik pom nak sembang English sbb roomate foreigner...
naper xguna bahasa Arabic ?
pasai pa ?
pasai kita sendiri xreti arabic...
padahal bahasa tu bahasa syurga...
bahasa yg kita guna tiap² hari untuk mengadap Allah...
bahasa kita guna untuk bercakap dgn Allah..
SOLAT...
mana mungkin kita bercakap dgn Allah tanpa kita memahami apa yg kita ucapkan ?
kita bercakap tanpa memahami erti yg kita cakap mana mungkin akan khusyuk solat kita...
seharusnya UIA menjadi pusat penyebaran bahasa arab
kerana lahirnya komuniti arab yg besar kat UIA ni
biar kita semua paham bahasa arab
biar kita semua fasih cakap arab
biar kawasan gombak ni pandai berspeaking arab
agar solat kita khusyuk
agar solat kita diterima
agar kita tahu betapa pentingnya bahasa syurga tu...
yg penting kene ada semangat
kene rajin
menuntut ilmu arab
tanya org yg pandai
yang pandai tolong org yg hendak belaja...
insyallah sama² memakmurkan bumi Allah dgn bahasa yang disukai-Nya
-spread the love-
No comments:
Post a Comment